Tuesday, May 11, 2010

Home » , » kenapa perempuan cantik masih single?

kenapa perempuan cantik masih single?

sekadar gambar hiasan

ho la la... bersama-sama doktor cinta(tukar profession), kali ini kita hendak membicarakan tentang perempuan cantek yang single sampai sekarang, maksud aku lama la dia dok single. selalu je kan kite tengok perempuan cantek yang masih sorang-sorang, dan heran kenapa dia single, sebab-sebab mereka single adalah seperti berikut

1- sebab mereka terlalu cantek lelaki pon takut nak dekat, sekadar kacao-kacao tapi takut nak memiliki wanita tersebut sebab terlampau cantek dan rasa rendah diri sebab tak hensem atau biasa-biasa, dan lelaki beranggapan perempuan cantek ini mesti memilih yang sama taraf dengannya.

2- lelaki beranggapan perempuan cantek ini high maintenance. semua perlu dijaga untuk kekal cantek, set krim wajah yang mahal, set pejanggaan rambut, set wangi-wangian, alat make-up, pakaian yang cantek-cantek dan mahal-mahal. jadi lelaki rasa tak mampu dan lebih rela tak memiliki perempuan itu.

3- lelaki beranggapan perempuan yang sangat cantek mesti dah ade pakwe/bf/suami/ sebab mesti beranggapan mustahillah kalau perempuan yang cantek tak de bf atau apa-apa panggilannya. bak kata dalam cerita P ramli sekali petik sepuloh yang datang taw.

4- lelaki beranggapan perempuan yang sangat cantek ini mempunyai ramai peminat, dan lelaki tak suka kekasihnya digilai oleh ramai orang. oleh yang demikian lelaki biasa-biasa tidak mahu mengambil risiko. pesanan untuk wanita kalau ade mana-mana lelaki yang minat anda jangan sesekali beritahu kepada si dia.

5- perempuan yang cantek ini sendiri yang terlalu memilih, sebab dia cantek maka dia beranggapan orang yang sama padan juga perlu bersama-sama dengan nya. kalau lelaki biasa-biasa jangan harap melainkan poket penuh.oleh itu, si cantik tidak lah berjumpa lagi dengan jejaka impiannya dan terus membujang sehinggalah ketemu prince charming.

6- atau juga si cantek ini terlalu banyak pilihan sehingga tidak tahu nak pilih mana satu. disebabkan terlalu cantek maka terlalu banyak la lelaki yang meminati si dia. sebagai contoh dua lelaki yang telah ditapis oleh si cantek dari banyak-banyak terpaksa ditolak kedua-duanya kerana tidak mahu mengecilkan hati mana-mana pihak. akhirnya teruslah single kehidupannya.

7- sebab mereka cantek maka mereka rasa mereka perlu jual mahal, kalau tak jatuhlah standard. jual mahal ini perlu dengan sangat tinggi nya. kalao tiada usaha yang kuat untuk mendapatkan si cantek dan hanya sekadar melepaskan batuk di tangga jangan harap la si cantek nak layan. proses untuk mendapatkan si sangat cantek agak susah dari perempuan biasa-biasa.

8- pandangan dan persepsi sukar didekati juga punca kenapa mereka masih single. apatah lagi hendak kan si gadis lagi la susah. sedangkan sebenarnya mereka juga sama dengan yang lain ingin bersosial, beramah mesra dan lain-lain. wajah mereka yang mungkin tidak mesra, berlagak, sombong dan reaksi wajah yang agak garang menyebabkan pandangan lelaki bahawa perempuan itu sukar untuk didekati. (macam sama ngan no 1 je)

9- sebab yang lain perempuan cantek ini serik untuk dikecewakan. jadi si cantek tidak mahu melibatkan diri dalam percintaan dan hanya mengharapkan insan yang betol-betol mencintainya dan bukannya untuk hanya mengambil kesempatan dan suka-suka. hanya lelaki yang sabar meraih cintanya dan konsisten dalam memikat si cantek sahaja akan berjaya memiliki si cantek dan melembutkan hati si cantek untuk menerima kehadiran seorang lelaki dalam dirinya.

10- lebih parah lagi untuk si cantek yang bekerjaya kerana makin takutlah si lelaki untuk mendekati si cantik melainkan yang sama taraf. dan akhirnya anak dara tua la si cantek kalau tak ketemu juga insan yang di cari.

11- perempuan cantek single dan masih belom berpunya mungkin juga kerana pendiriannya yang tidak mahu couple, kerana si cantek sebenarnya seorang yang menurut hukum agama dan seorang wanita solehah sebenarnya. hatinya berusaha keras mengelak sebarang bentuk perkara yang menghampiri zina. mungkin di luar pemakaiannya agak stylo dan fashionable tapi jaoh di sudut hati si cantek hendak menyerahkan segalanya pada yang hak iaitu suaminya. dan terang tang tang si cantek yang berjubah masih single sebab alim doe.

12- akhir sekali si cantek itu single sampai sekarang yang bermaksud tidak mempunyai bf kerana si cantek itu lesbian. lesbian terok-terok.


kakinota= semua di atas hanyalah pandangan, pendapat, dan pemerhatian dari aku semata-mata...muahahahhahaa, pic atas aku curik kat fb, maaf ye tuan punye pic sb aku rasa kao cantek sangat.

21 comments:

Hazwan Hakim said...

pergh..best gak baca hasil kjian awk ni..rjin tul eh wat kjian2 camni....kire awk ni single la eh?hehekalo single bgus la..jgn duk bercinta lg...tunggu cinta dari Allah tu datang..jngn duk cari cinta kerana nafsu..:) phm kn??hehe

jane said...

wakakakakkakkak
setuju ngan no 11...

lalalalalla~

LoKMaNHaKiMKaMaRuDiN said...

sedap betol bantai laki tang reason no1-no3,,,haha

pe2 pun,,bezz,,,,,

kalau reason die hak yg laaasstt kali tu,,,

memang bodo laa

Ayie89 said...

kenapa loyar lawa tak da yang nak ker???jagan tkt nanti aiye bukak borang eh...

Loyar Lawa said...

kepada encek2 semua janganla marah ini sekadar suke2 je...sekadar andaian

hazwan=paham ustaz. a-ah single sb x cntek...muahahaha. terimaksih akan ku ingat pesan mu itu sampai mati

jane=yup exactly. thx

lokman=mana ada bantai, sekadar suke2 je, relax bro...

ayie= tak takut pon, biasa je, ramai je yg nak, muahahhahaha.... biasa je xde perasaan.

Anonymous said...

Sy sokong no 3 & 9..=p

izyani_azahari said...

loyar lawa cantik. mesti lelaki fikir macam sume yang di atas. tu lah takut nak dekat tu. hee. tak pe. jauh lagi masa depan kan. :)

Loyar Lawa said...

anonymous=weee sokong2

izyani= ishhhhh xdelah sye neyh x cntek rupa, cntek budi bhsa je, muahhahahahha, yang pandangan atas tue cuma pemerhatian terhadap kawan2 yang cntek tp single, yang last skali tue pon betol sb memng ade kwn cm tue.. a-ah jaoh lgi masa dpan. thx izyani

Hazwan Hakim said...

bgusla...sentiasa beringt..:)

mycaklempong said...

Sebab ke 13 - Sebab ada perempuan perasan dia cantik. Dia pun nak cari lelaki yang kacaklah. Cari punya cari langsung tak jumpa.Sebab itulah dia tak kawin-kawin. Kesian ya kat perempuan itu.

Amacam? Setuju dak? Hehehehehe...

Loyar Lawa said...

hahahhhahhahaa setuju setuju...terimaksih ats pertambahan...muahahhaaa

NICK IRFAN said...

btol2! smua pendapat awk mmg sy pun berpendapat mcm tu! hehe yela pmpuan cntik msti nk laki nsem? eh! gmbr sape ktentry ni? awk ke? perghhhhh!!!!!!!!!! lawa plak? ehem2 agak2 bila kita leh dating? hahahhaa

Loyar Lawa said...

gamvr org len la... adek balik rumah belajar rerajin noe...muahhahahaa

dunspeak♥ said...

setuju ngan no 6..!!wkakkaa...

dunspeak♥ said...
This comment has been removed by the author.
Loyar Lawa said...

hahhahhaa no 6 tue agak perasan dan over... tp mungkn betol

Fazreen said...

entry yg menarik

cik missi said...

good entry..!
(sbnarnye bce pas tnmpak gmbr hiasan 2..my classmate lah..;P)

Anonymous said...

I ni nk kata cantik.. ada la rupe sket...kadang malu nk cakap takde bf sbb org mcm tak pcaya...biasa dorang ckp kat I.. ( orang cantik mcm ni takkan takde calon kowt)sedihh btull

Anonymous said...

macamana nak cari calon suami yang baik?? I selalu bdoa semoga dapat jumpa penyejuk mata dan hati...bukan harap muka hensem tapi useless

Sophie Al-Yahya said...

walaupun ni post lama, tapi seronok baca.haha..

ada betulnya apa yg loyar lawa ni ulaskan..